PROFIL



MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
NAMA SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHASA MALAYSIA SARATOK
ALAMAT SEKOLAH
SMK BM SARATOK, PETI SURAT 51,
95407 SARATOK, SARAWAK.
NO.TELEFON
083-436216
NO.FAKS
083-438467
EMAIL
smk_bm@yahoo.com

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH

         SMK (Bahasa Malaysia) Saratok memulakan sejarah perkembangannya sebagai sekolah yang beraliran Bahasa Melayu penuh pada awal Januari, 1975 dengan dua buah kelas Peralihan untuk menampung keperluan penuntut sulungnya yang berjumlah 63 orang.

Sejak ianya ditubuhkan hingga hujung tahun 1978, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri tetapi menumpang di Sekolah Rendah Abang Abdul Rahman, Saratok. Sekolah ini telah diasaskan oleh dua orang guru, iaitu Encik Shokeran Mohidden (Guru Besar SMK (BM) Saratok dari 1975 hingga 1977) dan Encik Yusof Arab.

Seramai 59 orang penuntut kumpulan pertama sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran 1978. Mereka telah berjaya mencapai keputusan yang memuaskan dengan 36 orang calon mendapat A, 8 orang calon mendapat B dan 2 orang mendapat C. Peratus kelulusan ialah 77.96%. Dengan keputusan sedemikian rupa, SMK (BM) Saratok dihadiahkan Sijil Keputusan SRP Terbaik Bagi Sekolah-Sekolah Menengah
Sarawak Gred C 1978 pada Perayaan Hari Guru 1979.

Pada 5 Jun 1979, hari Selasa bersamaan 10 Rejab 1399 merupakan tarikh bersejarah sekolah ini kerana bangunan barunya telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Yang Berhormat Dato’ Musa Bin Hitam.


LOGO, MISI, VISI


LENCANA SEKOLAH


DEFINISI LENCANA

Beriman          : Warga sekolah yang berakhlak mulia
Berilmu           : Pra-syarat untuk mencapai kejayaan
Bersatu           : Matlamat untuk mencapai kejayaan
Mata Pena      : Simbol Pencarian Ilmu
Buku               : Simbol Ilmu


MISI SEKOLAH

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”


VISI SEKOLAH

“Sekolah Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”



MOTTO, SLOGAN, MATLAMAT

MOTO SEKOLAH
“Beriman Berilmu Bersatu’’

SLOGAN SEKOLAH

“Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan’’

MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat pendidikan sekolah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

LAGU SEKOLAH
TAJUK: ANAK BANGSA MAJU

Putera puteri SMK BM
Kukuh menjunjung cita-cita murni
Menjadi anak bangsa maju
Akhlak mulia sepanjang masa

Datang dengan harapan
Pulang dengan kejayaan
Itulah tekad kami itulah azam kami
Kami pelajar bestari

Berilmu Beramal Berbakti
Pegangan mulia diri
Pada ibu bapa, guru dan pertiwi
Kami sentiasa hormati

Cabaran sentiasa menanti
Timur barat utara selatan
Jangan undur berputus asa
Semangat mesti perkasa

    (Lagu & lirik: Hj Justi B.Amban)

IKRAR PELAJAR


Bahawasanya kami pelajar-pelajar
SMK Bahasa Malaysia Saratok
sebagai pelajar Sekolah Bestari dengan ini
berikrar akan menjadi anak bangsa
maju, berakhlak mulia dan sentiasa memberi
serta menumpukan, sepenuh perhatian
terhadap pelajaran kami.
Kami berikrar akan
sentiasa taat dan setia kepada negara
Malaysia yang kami cintai.

Comments

Popular posts from this blog